Perkasa dan Perketatkan Perlembagaan

Malam Juma’at lalu, satu majlis forum Halehwal Islam telah berlangsung  di Istana Melawati, Putra Jaya, membincangkan perkara berjodol: “Raja Dijunjung, Perlembagaan disanjung”, bersempena dengan Persidangan Raja-raja Melayu, yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis Forum tersebut telah membincangkan hal yang amat penting bagi negara, khusnya bagi orang Melayu dan Isam, iaitu tentang letak duduk sebenarnya agama Islam di dalam Perlembagaan.

Ia telah dihadhiri sebilangan besar Raja-raja, Yang Di-Pertua-Di Pertua Negeri, orang-orang kenama’an dan para pegawai kanan negara, serta isteri-isteri mereka.

Mauduq Forum tersebut telah dibincang dan dikupas oleh dua orang ahli panel terkenal dalam bidang masing-masing, iaitu mantan Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Wan Muhammad Dato’ Wan Abdul Aziz dan YBhg. Tuan Haji Muhamad Naser Disa, Timb. Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) di Pejabat Peguam Negara.

Apa yang jelas mengikut mereka, khususnya ketika menyentuh Artikel 3(1)  dalam Perlembagaan ialah bahawa Islam itu adalah Agama Persekutuan (Islam is THE Religion of the Federation). Tidak ada ragu-ragu lagi nampaknya tetang kedudukan Islam dalam Perlembagaan.

“Tiada sepatahpun disebut perkataan SEKULAR dalam Perlembagaan” tegas YBhg.  Tuan Haji Muhamad Naser, Penasihat Syariah Pejabat Peguam Negara itu.

Bersabit dengan hal ini dan dari apa yang telah diperjeaskan kedudukan Islam sebenarnya di dalam Perlembagaan yang terkini, saya amat bersetuju dengan seruan DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, sempena Majlis Perasmian Konges Majlis Agama Islam Negeri-negeri Seluruh Malaysia 26 Septermber 2011, supaya “kita semua menyokong usaha memperkasakan Institutsi Agama, terutamanya  Majlis Agama Islam Negeri,  dalam usaha membangunkan masyarakat Islam di negara ini.”

Baginda juga telah menyeru agar Majlis Agama Islam Negeri terus  bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan peranan demi umat Islam di negara ini.

Inilah satu langkah yang betul dan tepat; kena pada masanya, untuk mempastikan Islam, termasuk Ketujuh-tujuh Wasiat Titah Di Raja itu ditempatkan di tempat yang sewajarnya. 

Dengan itu, tidak akan wujudlah lagi suara-suara sumbang mempertikian Ketujuh-tujuh Wasiat Keramat yang menjadi asas kepada Kontrek Sosial terkandung di dalam Perlembagaan itu di masa-masa akan datang.

“Raja Di junjung. Perlembagaan Disanjung” tepat membayangkan semangat tersirat sebenarnya Perlembagaan kita itu. Ia harus, bahkan mesti,  dihormati dan disanjunga sepanjang masa.

Mungkin, kalau keadaan mendesak, undang-undang khusus perlu digubal untuk mempastikan tiada sesiapa dibenarkan menyoal,  mempertikai, mahupun mempersendakan TUJUH Wasiah Keramat dan segala Artikel dalam Perlembagaan yang bersabit dengannya?

Tidak menghormati semangat asas kepada Kontrek Sosial itu dijadikan satu kesalahan kepada sesiapa yang melanggarnya, kerana ia boleh dianggap telah mengkhinati dan mencerobohi “Keluhuran Perlembagaan.” – terkandung di dalam Rukun Negara Ke-3.

Mungkin juga, sehubungan dengan ini, perlu direnung dan diingatkan bahawa sehingga ke hari ini berjuta orang Korea di Jepun masih tidak menikmati kerakytaan negara mata hari terbit itu.

Hal ini juga berlaku di bebarapa buah negara Eropah, Afrika dan juga Asia tertentu.

Berwaspadalah. Angkara “kalau tidak dapat kepala, telinga dipulas” sedang dan akan terus berlaku dan dilakukan oleh mereka yang tidak senang dengan pendirian kita.

Ia bagi menimbulkan ketegangan dan konflik diantara kita sesama kita yang serumpun berkesebubdayaan. Pecah belah dan printah, itulah senjata ampuh musuh-mush negara.

Jangan biarkan diri menjadi mangsa, merempat dalam negara sendiri dengan kebendaan dijadikan buruan utama hidup ini.

Ingatlah pesanan Allah SWT dalam surah Al-Baqarah (120) dan Al-Maidah (51) yang jelas maksudnya.

Peganglah kepada motto negara: “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.”

Inilah juga pesanan Allah SWT kepada umatnya: “Ikutlah jalanKu, jalan yang lurus.. Jalan yang lain akan membawa kepada perpecahan..”  Surah Al-An’am, (153).

About mansaldamha

Not much to describe. But I like writing, listening and getting to know more about things around me and what made us to be what we are. Above all to know who we really are and what is the purpose of our living in this world.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment